Alhamdulillah, hari Jumaat ini genap 32 minggu usia kandungan aku. Macam tak percaya je dah nak dekat tarikh untuk bersalin. Insyallah lagi 8 minggu, baby kat dalam perut ni dah boleh keluar untuk dipeluk cium oleh Mak & Ayahnya. Aku boleh rasakan dia sedang membesar dengan sihat kat dalam perut ni. Aktif sangat anak Mak ni terutamanya bila waktu malam. Terasa siku dan kaki adik tau!!! Tapi itulah yang membuatkan Mak rasa bahagia sangat-sangat.
Sebelum ni kat JB, aku selalu buat monthly checkup kat klinik swasta. Ni dah balik KL, kena cari klinik kesihatan kerajaan je lah. Nak tambah simpanan yang ada untuk bersalin kelak. Lagipun, nak kena ambil second injection untuk kancing gigi. Aku bercadang nak bersalin kat Hospital Selayang. Kalau diikutkan, banyak sangat bad review pasal Hospital Selayang ni tapi aku rasa mana-mana hospital kerajaan atau swasta sama sahaja. Semuanya bergantung kepada doktor dan nurse yang ditugaskan memantau kita. Nak pergi HKL, confirm ramai orang. Parking pun susah. Lagipun, rumah mentua kat Selayang, adik aku pun duduk Batu Caves. Memang dekat sangat-sangat. Kalau tanda-tanda nak bersalin tu dah nak keluar, roger je siapa-siapa yang ada berdekatan minta tolong bawa pergi hospital. Buat masa sekarang, aku dah rasa dah false contraction atau lebih dikenali sebagai Braxton Hicks di kalangan ibu-ibu mengandung. Sakit yang tak kerap dan tak tentu masa. Kira macam nak bagi diri kita kenal pasti macam mana rasa contraction tu. Aku baru je rasa sikit dah merengek kesakitan. Harap-harap Allah bagi aku kekuatan untuk menghadapi kesakitan yang sebenar-benarnya bila tiba masanya nanti.
Jumaat sampai Ahad minggu lepas, ada Motherhood Expo kat KLCC convention center. Since baby checklist pun tak complete lagi, haruslah aku tarik Shahrir pergi expo tu. Lagipun, membeli pampers baby di expo-expo macam ni adalah sangat berbaloi-baloi. MIL dengan SIL pun ikut juga sebab beberapa bulan dari sekarang adalah giliran SIL pula, insyallah. Antara barang yang dibeli adalah beberapa helai rompers, electric breast pump dan juga pampers. Aku beli breast pump brand mebby, harga asal RM599 tapi kat expo tu dijual dengan harga RM488. Dapat lagi free gift 5 bottle storage, 1 thermal bag, 1 kotak nursing pad dan 2 botol susu. Memang berbaloi dan ada warranty 1 tahun. HQ brand mebby ni ada kat Solaris Mont Kiara so kalau motor breast pump tu tak jalan, boleh bawa pergi sana.
![]() |
| Credit : Google Image |
Selain tu, sempatlah juga sambar 1 kotak bottle storage brand bumblebee dengan harga RM22 sahaja. Ada 10 botol dalam tu. Memang murah sebab hari tu dah survey kat beberapa baby outlet kat luar, 6 botol je dah RM20. Pampers pula kitorang beli brand Drypers. Frust jugalah sebab takde booth Mamy Poko . Itupun beli 2 pek saiz newborn dengan harga RM50. Ada brand pampers yang baru iaitu Whoopies, RM20 untuk 78 keping. Memang lembut sangat pampers tu tapi sayang takde saiz newborn. Shahrir kata tunggu next expo pula kat Mid Valley yang akan diadakan pada 9 Mac hingga 11 Mac iaitu minggu depan.
Oh ya, untuk bakal-bakal ibu di luar sana yang masih tercari-cari baby checklist, dengan seikhlas hati aku nak share checklist yang aku dapat ni. As a first time mother, adalah penting untuk mempunyai baby checklist supaya tidak terbeli barang-barang yang dirasakan tidak perlu. Aku print baby checklist dari blog Farah Kefli ni, mudah dan cepat. Lepas dah print, aku bandingkan pula dengan checklist dari blog Liyana sebab dia selalu update kat mana dia beli barang-barang baby termasuk dengan harganya sekali. Sambil-sambil tu buat research sendiri juga sebab lain orang lain taste kan. So far, tempat aku membeli-belah adalah di One Baby World kat Taman Permata dan juga Jusco Aeon. Motherhood expo tu baru first time pergi. As been mentioned, minggu depan nak pergi kat Mid Valley pula. Sebelum aku & Shahrir membeli-belah, haruslah consult dengan MIL dulu baby checklist tu. Kalau tak, barang-barang yang tak berapa penting pun terbeli juga.
Ok. Dah panjang entri ni. Kalau boleh nak panjangkan lagi tapi tu tunggu next entri yang entah bila nak update. ;p
Till then.
To be continued...


























