Wednesday, November 2, 2011

Beberapa Cubaan Kraf Felt


Cubaan pertama : Satu-satunya kasut baby yang aku baru buat. Handphone kat sebelah tu sengaja diletakkan dengan tujuan hendak menunjukkan betapa comelnya (read : kecil) kasut baby ni. Aku ikut saiz dalam template yang Liyana letak kat tutorial tu. Takde letak pattern apa-apa pun atas tu sebab takde idea. Lagipun permukaan depan tu kecil sangat. Shahrir kata kasut tu muat untuk anak patung je. Tak supportive langsung. Huhu. Buat masa sekarang, kasut baby ni jadi hiasan di atas tv. Ingat nak letak tali, boleh gantung dalam kereta supaya bila aku atau Shahrir memandu, beringat sikit untuk memandu dengan berhati-hati demi keselamatan baby boo & Mak ^_^


Cubaan kedua : Ini pula adalah sarung bagi external hardisk yang boleh memuatkan hardisk aku dan juga hardisk Shahrir. Tapi sayang, tersenget sedikit sarung hardisk ni disebabkan oleh sikap aku yang menggunting kain secara bebas. Cacatlah sikit. Lepas tu aku cuba buat huruf dari kain felt. Susah wooo!!! Senget benget jahitan kat huruf tu. Hahaha! Hasil tangan dari jari jemari yang hanya memegang jarum dan benang apabila terdapat pakaian yang koyak sahaja.



Cubaan ketiga : Yang ini pula cubaan membuat bunga dan menjadikannya sebagai fridge magnet. Fridge magnet kosong dibeli di Daiso. Potongan kelopak bunga tidak simetri kerana menggunting gaya bebas. Senang je nak buat bunga felt ni. Aku refer kat satu video tapi sayang, lupa nak save link video tu. Anyway, ni ada lagi satu tutorial membuat bunga felt. Caranya masih sama cuma hasilnya sahaja berlainan disebabkan oleh corak potongan yang berlainan.

 


Itu sahaja buat masa sekarang. Idea memang banyak lebih-lebih lagi bosan je tengok rumah sewa yang sedikit suram ni. Ada beberapa blog yang menjadi inspirasi untuk mempelbagaikan kraftangan dari kain felt ini. Contoh penghasilan paling kreatif adalah dekorasi baby bib dari Liyana SCR. Sumpah aku tak tahu apa itu felt craft kalau Liyana tak buat kasut baby tu. 
@_@ Aku ini boleh diumpamakan seperti katak di bawah botol kaca. Boleh lihat keadaan sekeliling tapi kepala otak tak register apa-apa pun. Hehehe. 


Thanks again for the helpful tutorial(s), Liyana dear!!


Till then.
To be continued....

4 comments:

Babe said...

aku tau felt craft ni.. tapi bila aku tgk kasut baby tu tak rasa panas ke wei? the fabric is not suitable for malaysian whether but nway kudos for the effort babe!

Tomkai said...

untuk newborn boleh lah kot..maybe until 6 month..to keep baby warm

NAzzXXra MR said...

alamak, terkomen guna gmail shah!!!

Jama Manik dan Labuci said...

Kalau nak tengok lebih byk ttg kraf felt marilah kita sama2 kongsi idea
http://jamacraft123.blogspot.com/