Nazira ♥ Shahrir

pregnancy

Thursday, December 22, 2011

Felt Craft Lagi


Ini kasut baby yang berusia 3 bulan, dibuat masih menggunakan template dari Martha Stewart, cuma diubah sedikit pada bahagian buku lali. Macam kasut Ronald McDonald kan? Sebab kat rumah ni takde printer. So, terpaksalah lukis semula template Martha Stewart tu. Agak-agak je saiz kakinya. Hehehe.


Ini pulak another baby shoes tapi pakai template dari Purl Bee. Yang ni senang sikit nak jahit, tak complicated macam template Martha Stewart tu. Hehehe. Kali ni, aku download terus template Purl Bee (dowbload) tu dan email kat Shahrir, minta tolong dia print kat office dia. Menyalahgunakan harta benda office. ;p Bila dah print dan gunting template tu, bolehlah ikut instruction kat journal Purl Bee macam mana nak buat baby shoes ni. Tapi entah kenapa bahagian sole kasut ni tak cover sepenuhnya macam kat dalam journal tu. Mungkin kena panjangkan lagi kot template untuk bahagian sole. Kenalah buat eksperimen lagi lepas ni. Kedua-dua kasut baby ni memang sengaja aku biarkan kosong sebab belum tahu lagi jantina our little one. Bila dah tahun nanti, barulah boleh fikir nak hias macamana kasut ni.


Sehari sebelum pergi Cameron Higlands, sempatlah juga aku buatkan felt gift tag, seperti yang telah ditutorkan oleh Puan Liyana, yang sedang menunggu hari atau mungkin menunggu jam untuk melahirkan anak sulungnya. Untuk kalian yang berminat nak buat felt craft tapi takde idea, bolehlah singgah ke blog Liyana dan cari post dibawah label craft atau baby DIY. She is a very creative person & rajin buat tutorial berkenaan dengan felt craft. Dialah yang membawa virus felt craft kat aku. ^_~


Latest production, sarung handphone yang paling senang nak buat tapi ambil masa sedikit nak buat jahitan insang pari kat tepi-tepi tu. Lagipun menggunakan kain felt yang lembut, memang kena berhati-hati. Seeleoknya, kalau nak buat sarung handphone ni, baik gunakan felt jenis keras. Aku perasan kat Daiso, kalau beli kain felt ni, kat setiap kain felt ni ada nombor siri yang menunjukkan kelainan jenis-jenis kainnya. Tapi aku tak pasti mana kain felt yang keras, samada yang bernombor besar ataupun bernombor kecil. Oh, lupa pula nak bagitahu, tutorial sarung handphone ni aku beli di kedai SUS, businesswoman yang membuat perniagaan felt craft secara sepenuh masa. 

Maaflah, tak dapat nak kongsi tutorial tersebut sebab copyright so tak boleh nak publish tanpa kebenaran pemiliknya. Kalau nak beli tutorialnya, bolehlah beli kat sini dengan harga RM30 sahaja. Dalam tu ada tutorial untuk buat pencil case, coin purse, wallet dan juga bekas tisu. Tak rugi pun untuk spend duit untuk ilmu baru kan. Lagipun, bila dah dapat buat seperti apa yang ada dalam tutorial tu, memang puas hati dan rasa macam nak buat lagi. Itu yang terhasil sampai dua sarung handphone ni. Saiznya boleh memuatkan iPhone kot. Aku tak tahu sebab aku tak pakai iPhone atau handphone yang bersaiz sama. Stok kain felt ada 5 warna je kat rumah ni dan aku paling suka guna merah dengan hitam sebab tu warna hasil jahitan lebih kurang sama je. Nak ajak Shahrir pergi Daiso, memang bercinta sebab dia tahu aku akan habis berpuluh ringgit kat sana. Sangat geram tengok barang-barang kat Daiso.

That's all for now. Kalau ada hasil kraf yang baru, insyallah akan diletakkan di sini. Jangan lupa singgah kat blog & website yang aku dah bagi link kat entri ni.Sambil-sambil berblog, tak salahkan kalau nak promo blog orang lain.


Till then.
To be continued....
You might also like :

0 comment (s) with ♥: