Wednesday, December 7, 2011

Johor Premium Outlet

Sejak-sejak berbadan dua ni, aku menghadapi kesukaran untuk tidur malam. Selalunya, lepas jam 4 pagi baru tertidur. Bangun semula jam 6 pagi, lepas tu sambung tidur bila Shahrir dah pergi kerja. Kalian agaklah jam berapa baru aku bangun terus dari tidur dan melakukan rutin harian sebagai surirumah. Tiap-tiap malam minta Shahrir tolong dodoikan aku sampai tertidur tapi dia pula yang tertidur. T_T



Orang-orang Johor dan Singapore mesti dah tahu tentang pembukaan shopping mall yang terbaru iaitu Johor Premium Outlet yang terletak di Kulaijaya, tak jauh dari exit tol Senai. Secara ringkasnya, JPO ni adalah tempat orang-orang yang gemarkan barang-barang berjenama seperti Coach, Armani, Nike, GAP, Guess, Ralph Lauren, Levi's dan lain-lain lagi. Ramai yang salah anggap JPO ni Factory Outlet maka membayangkan harga yang ditawarkan adalah harga kilang termasuklah aku. Akan tetapi, harga yang ditawarkan tidaklah semurah seperti yang dikira-kira. Hanya terdapat beberapa butik sahaja yang menawarkan harga runtuh yang berbaloi-baloi seperti butik Levi's, Clark, Charles & Keith dan Body Shop. Yang lain tu tak pastilah sebab tak masuk. Aku pergi hari Ahad baru-baru ni dan JPO ni baru sahaja dibuka pada 1 Disember. Punyalah ramai umat hari tu sampai ada yang parking kat tepi jalan padahal banyak je parking kat dalam tu. For the time being sehingga tak tahu bila, parking adalah percuma.


Dah puas berjalan dan berpusing kat JPO, haruslah aku menyampaikan beberapa pandangan daripada kotak fikiran aku dan juga Shahrir. Again, apa yang nak disampaikan ini adalah dari fikiran kami sendiri.
  • Kalau orang Johor dan Singapore datang bershopping kat JPO ni memang berbaloilah sebab dah memang kat negeri Johor & orang Singapore memang suka shopping kat Johor sebab murah pada diorang
  • Selain penduduk negeri tersebut, rasanya tak berbaloi nak datang jauh-jauh semata-mata nak shopping kat sini. Tak semua butik menawarkan harga yang affordable. Ada sesetengah butik yang menaikkan harga barangan, mungkin sebab ramai orang kot. Lagipun, bukan semua butik kau nak terjah masuk dan keluar dengan beberapa paper bag kan. Baiklah simpan duit tol & minyak dan membeli belah di shopping mall berdekatan anda. Lainlah kalau kebetulan anda sedang bercuti di Johor
  • Tandas kecil untuk outlet yang besar hampir-hampir patah kaki pusing satu JPO. Tandas untuk OKU di dalam tandas biasa yang digunakan oleh orang bukan OKU juga. Penat ibu mengandung beratur semata-mata nak buang air tau. Dahlah potong queue sesuka hati tak nampak ke perut aku yang comel ni. *mode geram*
  • Kerusi untuk berehat di luar butik-butik adalah tidak mencukupi. Bayangkan 10 butik yang agak besar di kiri-kanan, cuma satu sahaja kerusi di tengah-tengah. Aku rasa itu je kerusi yang aku nampak kot.
  • Food court pun agak kecil sampai kena tawaf beberapa kali untuk mencari tempat kosong dan tunggu orang lain habis makan. Dan makanan untuk Muslim terhad kepada dua gerai sahaja. Yang lain-lain pun ada banyak tapi was-was sebab penjualnya bangsa Cina dan tiada logo halal.
  • Sebelum membeli sesuatu barangan, silalah teliti barangan tersebut sebab dengar-dengar dan juga hasil google, ada barangan seperti handbag yang rosak sehari selepas dibeli. OK, ni cuma pertanyaan sebab aku tak tahu, barangan original pun memang dibuat di China ke? Itu yang tertulis di kebanyakan label barangan
Mujurlah aku seorang yang tak gilakan barangan berjenama. Lagipun, aku berpijak di bumi yang nyata dan sedar akan kemampuan diri. Melainkan kalau aku teringin sesuatu barangan, barulah aku berusaha untuk mendapatkan barangan tersebut. Tak kisahlah kalau barangan tu dah last season.

Memandangkan JPO ni tak jauh dari kediaman aku, ada keinginan untuk berkunjung ke sana di lain kali sebab tertarik dengan kasut jenama Clarks yang memang murah jika dibandingkan dengan butik di shopping mall lain. Kunjungan haritu dapat tengok je sebab minggu ni nak pergi Cameron Highland. Haruslah berjimat.


Sebagai penutup entri, layanlah gambar-gambar di bawah ini. You can see the latest me too!! ^_^





Pemandangan dari pintu masuk
Beratur nak masuk butik Coach.
Menangis tengok harga seluar RM1k T_T
Jadi tourist guide untuk Pakcik yang datang dari KL
Oh, lupa pula. 11 Disember ni, bersamaan dengan birthday Sultan Selangor dan juga yours truly, ada grand opening kat JPO ni. JPO dibuka dari jam 10.00 pagi sampai 10.00 malam, Isnin hingga Ahad. Siapa yang suka bersesak dan tak kuat merungut macam aku ni, bolehlah pergi hujung minggu ni. Hehe. Tapi, jangan bawak baby-baby yang kecil ya. Kesian diorang. Plus, sekarang kan musim hujan. Masa nak balik tu, hujan lebat sangat, ditambah dengan kilat dan guruh dan angin kuat. Bukan exaggerate ye. Parking pula tak berbumbung. Siapa yang ambil kereta tu memang basah lencunlah.

Ataupun, sediakanlah payung sebelum hujan. ^_^

Till then.
To be continued....

No comments: