Nazira ♥ Shahrir

pregnancy

Wednesday, December 21, 2011

Kek Batik

Dah lama tak main masak-masak kat blog ni. Dan dah lama juga sebenarnya aku nak buat kek batik yang orang asyik cakap senang sangat nak buat. Kebetulan semalam aku memang tak masak untuk dinner sebab lauk lebihan tengahari masih ada lagi. Lagipun duduk berdua, tak kuasa aku nak masak lauk baru. Mujur Shahrir pun bukan jenis yang suka membazir dan tak cerewet kalau masuk bab makan ni.

So, semalam aku pun mencarilah resepi kek batik yang paling simple kat blog masakan kegemaran aku iaitu blog My Resepi. Search sahaja kek batik, berpuluh resepi yang keluar dengan penggunaan bermacam-macam bahan yang pelbagai.



Inilah hasil kek batik yang aku buat semalam dalam 15 minit sahaja. Tapi sedikit keras sebab terlebih biskut, sebab tu hasil potongan pun tak cantik. 

Bahan-bahan yang digunakan adalah:

1. Setengah buku butter
2. Setengah tin susu pekat
3. Setengah peket milo yang kecil
4. Biskut marie yang dipecah-pecahkan

Cara-cara nak membuatnya pun seringkas bahan-bahannya iaitu :

1. Cairkan butter dalam periuk menggunakan api yang kecil
2. Masukkan susu pekat dan kacau dengan rata
3. Tambah serbuk milo ikut suka hati banyak mana dan kacau rata sehingga pekat
4. Bila dah pekat, masukkan biskut marie sedikit demi sedikit dan gaul rata.
5. Lepas tu, tuang bancuhan tersebut ke dalam bekas tupperware atau loyang, tekan hingga rata di permukaannya. Sejukkan seketika sebelum diletakkan di dalam peti sejuk
6. Siap untuk dimakan!!!


Boleh juga ditambah kacang badam, hazelnut, kismis atau apa sahaja yang dirasakan sesuai sebelum memasukkan biskut marie tu. Kat website My Resepi ni terlalu banyak resepi untuk hidangan makanan yang sama. Tak sangka ada juga yang menggunakan telur untuk resepi kek batik ni tapi aku rasa tak perlu kot sebab resepi ni pun dah cukup berlemak dengan bahan-bahan yang digunakan.

Insyallah, next time, aku nak cuba buat pavlova pulak. Teringat-ingat pavlova mini yang BFF aku belanja masa makan kat The Apartment, seminggu sebelum aku kahwin.

Till then.
To be continued....
You might also like :

2 comment (s) with ♥:

MK said...

kek batik remind me of Big!! dulu aku pernah tulis entry pasal pavlova recipe kan :)

NAzzXXra MR said...

yang ko tulis tu kat previous blog T_T

Big = kek lapis batik..hehhe