Aku pun tak berapa ingat total cost untuk doorgift ni sebab aku beli paperbag kat Nilai 3. Bunga telur dengan coklat/gula-gula kat sarung bunga tu makcik nombor 3 yang sponsor. Bahulu mini pun disponsor oleh Ateh dari Kedah. Lepas tu ada bunga sabun kot, aku beli dengan pakej paperbag ni kat Nilai 3. Ini untuk reception sebelah aku.
Untuk reception sebelah lelaki pula, langsung tak jumpa gambarnya. Doorgift pula ada pelbagai jenis untuk pelbagai peringkat tetamu. Bahagian ni, MIL yang uruskan. Aku tolong sempurnakan pengisiannya sahaja.
Doorgift 1 - Gift-box yang ada nama aku dan Shahrir. Isi dalam ada muffin dengan buku Asmaul-Husna dan juga telur rebus
Doorgift 2 - Bekas bunga telur yang kecil yang diisi dengan telur masin
Doorgift 3 - Handbag kecil dari kain yang diisi dengan english design mug dan juga muffin
Banyakkan? Kenduri sebelah Shahrir, khemah sahaja 9 biji. Kalau ikutkan MIL nak pasang 12 biji tapi Shahrir dengan FIL bantah sebab terlampau banyak. Tetamu tak henti-henti datang walaupun jam dah pukul 5 petang. Dengar harga untuk katering sahaja aku dah terkedu. Boleh dapat satu pakej perkahwinan yang ringkas tapi lengkap.
OK. Back to main topic. Aku nak senaraikan jumlah wang yang dikeluarkan bagi setiap satu perkara secara kasar. Mungkin ada sesetengah budget tu yang terlebih atau terkurang dari apa yang aku tulis kat sini. Ada juga sesetengah perkara yang aku letak harga sebenar perkhidmatan berbanding dengan harga yang aku dapat atas dasar family friend. Tapi tak banyak bezalah, kurang dari RM500.
Baju nikah (upah) RM 250
Baju reception (upah) RM 600
Sewa aksesori RM 150
Hiasan dewan & hantaran (tanpa pelamin) RM 2000
Kad kahwin (1000 keping) RM 700
Official Photographer RM 3500
Catering (nikah & reception - 800 orang) RM12000
Blink-Blink Entertainment RM 2000
Sewa Dewan UTM & Meja Kerusi RM 2470
Make Up Artist (nikah & reception) RM 300
Doorgift (roughly - 800 pcs) RM 1000
----------------
Jumlah Keseluruhan RM24970
Lebih kurang banyak itulah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk majlis pernikahan dan juga majlis resepsi di sebelah aku. Ini belum termasuk dengan beberapa perbelanjaan kecil lain seperti tudung, kasut, barang hantaran, harga kain, setem dan beberapa detail yang kecil yang dirasakan perlu. Bolehlah kot tambah dalam lebih kurang RM3000 - RM5000, terpulang pada citarasa masing-masing. Dan bila dijumlahkan semuanya, masih lagi dibawah RM30k.
Untuk majlis perkahwinan yang diadakan di Kuala Lumpur, boleh dikatakan ini adalah majlis perkahwinan yang berbudget rendah. Aku pernah survey di sesetengah tempat/dewan yang menawarkan pakej perkahwinan yang lengkap. Harga pakej adalah lebih daripada RM40k, jumlah yang agak besar untuk orang yang bergaji kecil seperti aku ni. Pada aku, untuk menjimatkan perbelanjaan, lebih baik kita memerah keringat membuat survey untuk mendapatkan perkhidmatan yang memuaskan dan di dalam kemampuan kita.
Harus beringat, kewangan selepas berkahwin lebih penting daripada berbelanja ke atas perkara yang tidak penting semasa majlis perkahwinan. Dan lagi satu, apabila mempunyai kewangan yang lebih sepanjang menguruskan majlis perkahwinan tu, cubalah membuat bayaran secara beransur-ansur kepada vendor yang terlibat supaya tidak terasa sangat perbelanjaan wang secara banyak. Lebih baik lagi kalau boleh langsaikan terus jumlah perbelanjaan selewat-lewatnya seminggu selepas majlis selesai. Tak payah nak fikir pasal hutang-piutang dengan vendor yang terlibat.
Dah selesai pun entri yang berkaitan dengan wedding review aku. Lepas ni nak letak tab baru kat blog aku ni bagi memudahkan siapa-siapa sahaja yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan vendor yang terlibat dalam majlis kahwin aku.
Harap-harap info ni dapat membantu bakal-bakal pengantin yang masih tercari-tercari idea untuk majlis perkahwinan mereka.
My wedding tips : Less is more.
Till then.
To be continued....








0 comment (s) with ♥:
Post a Comment