Nazira ♥ Shahrir

pregnancy

Thursday, December 29, 2011

Rojakkan Sahaja

Tajuk entri adalah rojak kerana tiada tajuk yang spesifik bagi entri ini. 2011 sudah hampir ke penghujungnya. Kurang 72 jam, 2012 pula akan menjelma. Tak perlu kot bercakap tentang azam tahun baru sebab setiap hari pun ada azam tapi tak semua dapat dilaksanakan. Kadang-kadang azam harian langsung tak ditunaikan T_T


Cuma nak bercerita tentang rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang pulang ke KL/ Selangor hujung minggu lepas. Bergerak pulang dari JB hari Jumaat malam dalam jam 8.30 malam, lepas dinner. Sepanjang perjalanan dari JB ke Ayer Keroh, banyak benar kenderaan ditambah pula dengan hujan renyai-renyai. Perjalanan yang sepatutnya 3 jam menjadi 4 jam setengah. Sampai di rumah parents MIL lebih kurang jam 1.00 pagi. Kemas-kemas apa yang patut, pukul 2.00 pagi dah masuk tidur.


Hari Sabtu pagi, jam 7.30 pagi dah paksa Shahrir bawa pergi beli nasi lemak sambal paru yang sedap kat depan pejabat pos kat Selayang. Tak berkesempatan lagi nak melepaskan nafsu kat sambal paru kat cafe VADS, menu wajib untuk lunch ketika bergelar staff VADS sebelum kahwin dulu. Sabtu Ahad dan cuti umum memang cafe tu tak buka. Kedai nasi lemak ayam goreng kat Pasar TTDI pun tak bukak kalau hujung minggu. Rindunya makanan kat situ. Masak lemak tempoyak ikan patin antara lauk yang sangat menjilat jari kalau makan kat situ. Adoi, terasa-rasa pula kelazatannya kat lidah ni.


Dalam pukul 12.00 tengahari, pergi ke Kampung Melayu Sri Kundang kat Rawang, menghadiri kenduri kahwin kawan SMSS. Kapten Tengku Syed Mohd Amin bin Tengku Syed Abdul Rahman Al-Habsyi dengan pasangannya, Sharifah Nabilah. Huh, panjang benar nama kawan aku ni. Aku panggil Md Teng je. Hehehe.




Elok pula budak-budak tu cover perut aku yang sudah kelihatan. Tak kenal pun siapa, tiba-tiba menyelit kat depan aku nak masuk dalam camera. Redha je lah. Malam tu, kononnya nak shopping barang sikit kat Masjid India. Parking kat Sogo, buat-buat lupa pula esoknya Hari Krismas. Ronda-ronda dalam Sogo, takde barang yang berkenan. Tau-tau je dah keluar announcement Sogo dah nak ditutup. Sebelum keluar, aku singgah ke toilet jap untuk mengosongkan pundi kencing. Masuk kereta pukul 10.00 malam, 10.30 pun tak keluar lagi dari tempat parking sebab sesak. Nasib baik aku sentiasa bawa buku sudoku so sempatlah selesaikan dua tiga puzzle. Lepas menikmati makan malam & supper kat Jalan Ampang, terus bergerak balik rumah.


25hb Disember, bersamaan dengan hari Krismas, tolong MIL sediakan nasi lemak, hidangan untuk brunch hari tu. Memang tak keluar pergi mana-mana pun seharian. Duduk rumah, tengok tv, unpack barang-barang dalam kotak hasil pindahan dari Kampung Datuk Keramat. Oh, lupa nak beritahu, keluarga aku dah tak tinggal di Kg Datuk K ni sebab rumah tu hendak dijual. Dah pindah berdekatan dengan rumah MIL. Senang aku nak bergilir-gilir dari rumah family Shahrir dan juga rumah family aku.


Another news yang nak dikongsikan, Liyana SCR dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 25hb, 8.54 malam di Prince Court Medical Centre. Sangat comel anaknya, sebiji muka Liyana. The rest about the baby, biar Liyana yang cerita nanti. Sumpah tak sabar aku nak pegang anak sendiri bila tengok anak dia. Gerammmmmmm!!!!!! Aku & Shahrir sempatlah melawat Liyana kat PCMC sebelum bergerak balik ke JB esoknya. First time masuk situ, terasa macam kat hotel. Sekarang ni pun kitorang dalam proses nak pilih hospital untuk deliver nanti. Tak lama lagi nak masuk 3rd trimester, kenalah prepare awal-awal. Lagipun, nanti kena berpisah sementara dengan Shahrir selama 2 bulan sebelum deliver. At least kat KL, ada family yang boleh tengok-tengokkan aku.


Sebagai penutup entri yang rojak ni, silalah layan video chicken dance dari Mikaela Umaira, the only anak buah dalam family aku. Ramai ingat dia ni anak aku. Hehehe. Will up about her story later. Babe, this is the latest Umaira, taken on 25th December. Enjoy!!!


video



Till then.
To be continued....
You might also like :

4 comment (s) with ♥:

MK said...

eh bukan dia expect baby boy ke? new year balik sini tak? sedapnya aku dgr menu makan tu mcm nak suruh ko bawak heheeh.. aku tau pasar ttdi banyak makan best

MK said...

btw, kahwin akhirnya mat teng.. takl dapat hantu kak limah dapat stok saripah lagi hahaha

Tomkai said...
This comment has been removed by the author.
NAzzXXra MR said...

dari awal expect baby girl.new year tak balik..next 2 weeks baru balik..maybe balik terus sana..so, we have a lot of time as my husband will be away from me for a while...hantu kak limah? hahahaha...hantu kak limah pun dah beranak pinak..jodoh dengan keturunan syed jugak..