Nazira ♥ Shahrir

pregnancy

Monday, December 19, 2011

Short Holiday : Cameron Highlands Final Part

Dah dekat pukul 4.00 petang, hujan masih lagi belum berhenti kat JB ni. Hujan dari pukul 12.00 tengah malam tadi. Maknanya dah lebih 12 jam hujan turun. Mujur tak banjir kat kawasan rumah ni. Kesejukan masih terasa sehingga kini membuatkan aku teringat percutian ke Cameron tempoh hari. This will be the last part of our short holiday story.


Lepas kenduri kahwin kedua-dua kawan aku kat Kampung Taman Sedia, kitorang terus bergerak ke ladang strawberry yang terletak paling dekat dengan kampung tu. Ini pemandangan di hadapan salah satu ladang strawberry tu yang aku dah lupa namanya. Takdelah besar pun ladang ni sebab betul-betul kat tepi jalan. Rumah-rumah kat belakang tu pula adalah rumah berkonsepkan homestay bagi pengunjung luar. Cantikkan pemandangannya. Ada rasa macam bukan kat Malaysia pun ye. Ada 2 ladang strawberry kat kawasan homestay ni tapi tak boleh petik sendiri. Kalau nak kena beli direct kat cafenya sahaja. Disebabkan tak boleh petik, kitorang pun bergerak ke Rajuu's Hill Strawberry Farm Cafe.


Malangnya, kat sini pun tak boleh petik buah strawberrynya dan kalau nak, silalah beli di cafenya. Ladang ni terletak di atas bukit, jalan kaki je dari Hotel Equatorial, betul-betul bertentangan jalan. Kitorang parking kat sini, beli buah strawberry yang ada dan turun bawah untuk ke ladang strawberry lagi satu. Agak penat jugaklah naik turun bukit tapi demi memetik sendiri buah strawberry, aku gagahkan diri.

RM5 sahaja. Besar pula tu.

Naik tangga ke ladang strawberry

Whipped cream strawberry - RM7. Yummy!!!!
Sekali lagi, keinginan untuk memetik buah strawberry yang segar dari ladang terbantut apabila seksyen yang dibuka untuk aktiviti tersebut sudahpun gondol dipetik oleh pengunjung-pengunjung lain. Kalau tak, dengan bayaran RM20, dah boleh petik strawberry satu tray yang bersamaan dengan 1/2 kg. Lebih daripada tu, haruslah ada caj tambahan. Waktu tu baru pukul 3 petang. Lupa pula musim cuti sekolah, budak-budaklah yang excited nak petik buah. Nampaknya, takde rezeki untuk aku memetik buah strawberry kat sana. Tapi awal-awal aku dah cakap kat Shahrir that there will be next trip to CH but not during peak season. Kalau boleh nak bawak satu family pula pergi sana, insyallah.


Dari ladang strawberry, singgah ke Pasar Malam Brinchang untuk beli souvenir sebelum bergerak balik ke tanah rendah. Dalam perjalanan turun pula memang lalu kat depan Cameron Tea Valley @ Bharat Tea Valley. It was almost 6.00 pm jadi kitorang berhenti sekejap untuk tengok-tengok je tempat tu.

Betul-betul tepi jalan

Rambang mata nak pilih mug

Ada tangga untuk turun ke ladang



Catch of the day
Dalam pukul 6.00 petang, kitorang terus bergerak untuk pulang ke rumah. Mula-mula ingat nak ikut jalan Tapah yang berliku-liku tu tapi memandangkan hari akan bertambah gelap, kitorang ikut jalan Kuala Lipis/Raub/Bentong, konon-konon nak test drive kat situ la. Jalannya tak berliku-liku sangat, macam highway biasa. Lalu pekan Raub, Bentong dan ladang kelapa sawit. Masuk highway kat Bentong, keluar kat Tol Gombak yang memang dah dekat sangat dengan rumah. Masa perjalanan, sama je macam ikut jalan Tapah, lebih kurang 3 jam tanpa kesesakan. Bezanya, tol lagi murah sebab kos untuk tol Bentong dan Gombak cuma RM8. Kalau ikut Tapah, jumlah tol yang perlu dibayar adalah RM17, dua kali ganda dari ikut Bentong.

End of Cameron Highland stories. Yeay!! ^_^

Aku agak terkejut bila check jumlah visitor sehari yang datang ke blog picisan aku ni. Aku tak pernah mengaku ada blog kalau ada yang bertanya sebab segan. Lebih-lebih lagi sejak aku buat entri tentang Johor Premium Outlet dan juga wedding review tentang majlis kahwin aku sendiri. Keywords yang ditaip dalam search engine banyak berkenaan JPO dan juga persediaan perkahwinan. Kalau ikutkan, belum habis lagi review tentang majlis kahwin aku. Insyallah, aku dalam proses sedang membuat kira-kira untuk berkongsi jumlah perbelanjaan majlis kahwin aku secara kasar, untuk membantu bride to be yang mempunyai budget rendah lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur. Dan aku pun nak letakkan contact detail semua wedding vendor yang terlibat dalam majlis kahwin aku yang lalu. Hopefully, aku boleh bantu B2B walaupun hanya secara maya.

Till then.
To be continued....
You might also like :

0 comment (s) with ♥: