Jaraknya adalah 2km dari jalan besar tetapi perlu melalui jalan sempit yang naik bukit dan ada curam di tepi jalan. Haruslah pemandu yang berkebolehan sahaja digalakkan memandu di jalan yang sempit ni. Dan lagi satu, kenalah ada common sense bila melalui jalannya. Kitorang sangkut kat jalan lebih kurang 15 minit hanya kerana nak gilir-gilir take turn lalu kat jalan sempit tu sebab kalau tak take turn, kesianlah para pemandu dari arah satu lagi nak menungggu giliran nak jalan.
Ini pemandangan masa nak naik bukit ke ladang teh boh dalam pukul 9.00 pagi. Masa naik ni memang tak banyak kereta nak turun. Adalah berselisih dengan van pelancong 2,3 biji tapi masa turun bila berselisih dengan bas, aku terus pejam mata padahal Shahrir suruh tengok sebelah kiri takut terlebih kiri nak masuk curam. Tips perjalanan jalan sempit yang zigzag ni, silalah menekan hon apabila mendekati selekoh untuk memberitahu kehadiran kereta kita. Kalau ada balasan hon, maknanya ada kereta dari arah bertentangan jadi kena guna akal. Kalau takde, maknanya line clear untuk melalui jalan di hadapan.
Cantikkan pemandangan yang susah nak tengok di Kuala Lumpur ni? Sepanjang perjalanan naik, ada beberapa kawasan yang dipenuhi dengan daun teh. Kalau takde kenderaan lain kat belakang kitorang, memang confirm dah berhenti ambil gambar kat sini. Lebih kurang 10 minit, kitorang dah sampai ke tempat parking yang disediakan secara percuma. Kat tempat parking tu ada tandas juga jadi sebelum korang nak panjat tangga ke cafe ladang teh ni, bolehlah melepaskan hajat di situ. Sejuk-sejuk ni kekerapan untuk ke tandas adalah tinggi. Sepanjang aku berada di CH ni, memang takde masalah nak menggunakan tandas awam sebab semuanya bersih dan tidak berbau. Kat pasar malam pun ada tandas awam tau. Dijamin bersih dan selesa. Bagi pengunjung yang tidak berkemampuan untuk menaiki tangga yang agak tinggi jugalah untuk ke cafe ladang teh ni, bolehlah minta kebenaran pada penjaga parking untuk membawa kereta naik ke puncak bagi menghantar mereka yang berkenaan.
Lepas naik bukit lebih kurang 5 minit, start daripada papan tanda ni kena naik tangga pula. Tangganya agak tinggilah juga dan aku kena berpaut pada Shahrir untuk memanjat tanga-tangga yang ada. Bila penat, berhenti kejap dan sedut oksigen banyak-banyak yang ada kat kiri kanan jalan tu.
Keadaan cafe kat ladang teh boh ni dah ramai orang walaupun jam lebih kurang 9.30 pagi. Oh ya, ladang teh boh ni boleh dikunjungi dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Tak pasti pula ditutup hari apa tapi kalau weekend confirmlah buka sebab ramai orang. Masuk pun percuma. Walaupun kitorang dah kekenyangan makan nasi lemak sebelum bergerak ke sini, rugi rasanya kalau tak mencuba makanan yang ada kat cafe ni. Apatah lagi merasa air tehnya yang mempunyai pelbagai perisa. Kat cafe ni ada jual nasi lemak, kek dan juga roti. Pilihan teh pula agak banyak sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Range harga makanan dan minuman adalah dalam RM3.00 hingga RM12.00
![]() |
| Original scone + strawberry jam + cream |
![]() |
| Butter Cheese Cream |
Shahrir minum earl grey tea with tangerine. Aku pula minum vanilla tea. Dia bagi 1 pot untuk setiap teh yang boleh diminum 2 cawan. Kalau nak tambah hot water pun boleh tapi ada cajnya dalam RM0.50 - RM2.00, bergantung pada nak tambah hot water untuk berapa orang. Rasa vanilla tea tu sangatlah sedap macam aiskrim tapi versi panas. Aku siap beli satu tin kat kedai souvenir sebab nak bawa balik JB. Tak tahulah pula kalau ada kat JB teh perisa vanilla ni. Lepas ni siapa-siapa datang rumah memang aku jamu dengan vanilla tea ni.
Shahrir ni memang agak kurang gemar bergambar sebab tu dia kaku macam tu. Ni on the way nak turun semula ke parking. Masa naik ke cafe kat atas tu, kitorang naik tangga kat celah-celah daun teh tu. Bila turun pula melalui bukit je la. Hujan pun dah renyai-renyai semula time ni. Tambah lagi dengan angin tiup sepoi-sepoi bahasa. Kat atas tu ada juga kilang teh yang dibuat macam muzium tapi tak sempat nak masuk sebab nak check out dari hotel. Lepas check out, kitorang terus ke Dewan Balora kat Kampung Taman Sedia untuk menghadiri kenduri kahwin kawan aku yang baru dinikahkan malam sebelum tu.
![]() |
| Bunting pengantin bertemakan Monster Inc |
![]() |
| Pelaminnya yang serba kuning |
![]() |
| Temanya adalah kuning lembut |
Aku malas nak tukar baju bagai untuk ke kenduri kahwin ni sebab nak pergi strawberry farm pula. Itu nanti sambung entri seterusnya sebab ni pun dah panjang. Nak combine sekali dengan lawatan ke Cameron Valley Tea. Kalau tak sabar nak tengok gambar lain, bolehlah pergi ke Facebook aku. Er..sejak akhir-akhir ni, ramai bebenar yang nak add aku dalam FB diorang. To be honest, I don't approve strangers sebab malas nak baca news feed dari orang yang tak dikenali. Kalau yang add tu pembaca blog ni, silalah kenalkan diri dulu ya. Terima kasih.
Till then.
To be continued....





















0 comment (s) with ♥:
Post a Comment