By the time korang baca entri aku ni, aku dah pun selamat berada di dalam keretapi untuk pulang ke Kuala Lumpur. Itupun kalau entri ni keluar ikut masa yang dah aku set. Ni percubaan pertama aku nak buat auto-publish/scheduled entry. Kalau tak keluar, nampaknya aku je lah yang baca entri ni sorang-sorang. (-_-!)
Kalau ikut maklumat kat tiket keretapi, masa bertolak dari JB Sentral adalah pada jam 2.15 petang dan masa ketibaan pula pada jam 8.25 malam di KL Sentral. Tolong doakan perjalanan aku, Shahrir dan si kecil kami selamat sampai ke destinasi. Risau juga dengan keadaan landasan keretapi yang tidak rata memberi kesan buruk terhadap kandungan aku ni. Mujur Allah pasangkan baby kat dalam perut ni dengan air ketuban, sebagai pelindung kepada janin, membantu penyerapan kesan hentakan luar atau dalam bahasa mudahnya sebagai absorber. Kitorang ambil koc yang berkatil untuk mengurangkan kesan gegaran.
Perjalanan selama 6 jam pasti akan menjadi suatu perjalanan yang membosankan lebih-lebih lagi apabila tiada perkhidmatan internet, tv mahupun plug untuk pasang laptop. Ada katil, haruslah boleh tidur terlentang macam kat rumah kan tapi takkan sepanjang perjalanan nak tidur. Lagipun, ini pertama kali aku naik keretapi di siang hari. Selalunya naik keretapi nak dekat pukul 12.00 tengah malam, dah gelap kat luar tu. Tak nampak apa-apa pun. Kali ni, mestilah nak menjamu mata dengan pemandangan yang tak pernah diketahui sepanjang menaiki keretapi. Bila dah sakit leher tengok pemandangan kat luar tu, maka fikiran beralih ke aktiviti wajib aku kalau berjalan jauh iaitu mengeluarkan buku atau majalah yang dibawa bersama dan membacanya dari kulit ke kulit.
Memandangkan sekarang ni aku sedang melalui fasa sebagai ibu mengandung dan ia merupakan pengalaman pertama aku, tak sah rasanya kalau tiada bahan bacaan yang berkaitan dengan kehamilan. Setiap kali masuk ke kedai buku yang merupakan persinggahan wajib aku jika ke shopping complex, pasti aku akan membelek-belek buku berkaitan kehamilan, mencari buku-buku yang bersesuaian. Memang terlalu banyak pilihan tapi takut tak terbaca pula. Jadi, aku membuat keputusan untuk membeli majalah-majalah berkaitan dengan kehamilan iaitu Mami & Baby dan juga Pa & Ma. Banyak informasi berkaitan yang ingin aku kongsikan di sini terutamanya buat mother-to-be di luar sana tapi mungkin di entri lain sebab ini pun macam dah panjang. Selain tu, aku juga ada membeli buku '350 Petua Buat Ibu Mengandung' yang sesuai untuk ibu mengandung, pengantin baru dan juga ibu yang baru bersalin. Itu yang tertulis di kulit buku tersebut. Tak lupa juga buku '3000 Nama-Nama Indah' untuk membantu aku dan Shahrir memilih nama yang baik untuk baby kami ^_^
Ini di antara bahan bacaan aku. Walaupun sekadar majalah, tetapi informasi yang terdapat di dalamnya sama sahaja dengan di dalam buku-buku kehamilan yang lain. Lagipun, setiap bulan, pelbagai informasi baru yang akan dikongsikan seperti pemakanan semasa hamil, amalan dan larangan, termasuk juga menyambut kelahiran bayi. Bila membeli majalah ini, barulah Shahrir tergerak hati nak membaca juga sebab majalah kan bersifat santai. Kadang-kadang dia yang ingatkan aku dalam sesetengah perkara. Maklumlah, sejak-sejak dah berumahtangga ni, sifat pelupa aku semakin menjadi-jadi. Banyak makan semut agakya.
Selain daripada majalah kat atas ni, memang wajib bagi aku mempunyai sekurang-kurangnya sebuah buku puzzle dan juga sebuah novel. Puzzle yang paling aku suka adalah sudoku, yang dipopularkan oleh orang Jepun. Playing with numbers is my thing and this puzzle really suits me. Lagipun, secara tak langsung, baby kat dalam perut pun sama-sama menjana perkembangan otaknya. Itu yang membuatkan aku rajin juga bermain chess kat dalam laptop ni supaya boleh mengatur strategi untuk mengalahkan pihak lawan. Buku sudoku adalah buku wajib berada di dalam handbag aku. Dulu, masa zaman pergi kerja naik LRT dan bas, sementara menunggu sampai ke destinasi, wajib memerah otak menyelesaikan puzzle sudoku ni. Kadang-kadang, stranger yang duduk sebelah aku pun sama-sama tolong selesaikan. Takdelah terasa jauh perjalanan.
Bila otak dah penat buat sudoku, rehatkan mata sekejap, lepas tu kalau ada mood nak membukukan diri, aku hadap pula novel yang ada. Sekarang ni, novel yang sedang dalam proses pembacaan adalah novel The Chronicles Of Narnia. Sebenarnya nak cari novel Narnia yang dalam bentuk 7 buku satu set tapi kena orderlah pula. Aku tak sabar nak membaca novel ni sebab novel-novel lain dah habis baca. Yang ada masa mencari tu, cuma novel kat atas ni yang mana kesemua 7 buku dikumpulkan menjadi 1 buku yang tebal. Kalau ikutkan, jumlah mukasurat dalam setiap siri Narnia ni lebih kurang 150 mukasurat. Bila dah gabung semua siri menjadi satu, agak berat jugalah nak bawa novel ni ke hulu hilir. Berapa banyak tali handbag aku dah koyak disebabkan sifat aku redah je bawa novel-novel berat sebelum ni kalau pergi ke mana-mana. Aku akan bawa novel ni bergantung pada keadaan contohnya kalau berjalan jauh. So, mungkin aku bawa kot novel ni masa naik keretapi. Biar baby dalam perut ni mempunyai daya imaginasi yang tinggi. ^_~
Bacaan ayat-ayat Al-Quran juga tak dilupakan. Tugas mendidik anak harus bermula sebaik sahaja diketahui ada janin yang sedang terbentuk di dalam diri kita. Janin akan sujud di dalam kandungan apabila diperdengarkan ayat-ayat Al-Quran kepadanya. Subhanallah. Besarnya kuasa Allah sehinggakan janin yang baru hendak terbentuk pun sudah sujud kepada-Nya.
Surah-surah yang digalakkan diamalkan semasa hamil adalah:
1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Ayatul Kursi
3. Surah Yaasiin
4. Surah Yusuf
5. Surah Maryam
6. Surah Luqman
Sekarang ni kan semuanya serba digital. Nak bawa Al-quran di dalam handbag, risau pula kalau terlangkah handbag secara tak sengaja atau terlupa adanya Al-Quran di dalam handbag. Jadi, apa yang aku lakukan adalah memuat-turun Al-Quran beserta terjemahannya di dalam bentuk MP3 dan seterusnya save dalam pendrive dan juga MP3 player. Setiap baris ayat disertakan dengan terjemahan yang sangat mudah difahami. Kalau dalam kereta, bolehlah dengar sambil memandu. Kalau kat rumah pula, bila dah bosan tengok tv, bolehlah pasang Al-Quran MP3 ni sambil mengikut bacaannya. Secara tak langsung, boleh betulkan kesalahan tajwid dalam bacaan kita.
OK. Isi pun dah panjang berjela. Subjek kegemaran masa zaman sekolah dahulu adalah Bahasa Melayu sebab tu penggunaan bahasa sedikit baku dan huraian entri sangat panjang lebar. Macam buat karangan pula. Sebab tu aku suka membaca. Tak kiralah Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebab kedua-duanya memberi ilmu. Inipun dalam perancangan nak mencari kamus BM-Mandarin, nak ingat semula ilmu bahasa Mandarin yang pernah dipelajari di zaman sekolah dulu, siap boleh membaca dalam bahasa Mandarin. Sekarang, apa pun tak boleh.
Kempen mari membaca ini dibawakan khas oleh aku sendiri, tanpa paksaan sesiapa. Terima kasih dan tahniah kerana membaca sehingga habis entri ini.
Till then.
To be continued....
Dresses and Tops
21 hours ago








2 comment (s) with ♥:
memperdengarkan ayat quran dan main sudoku selesaikan masalah matematik) adalah baik untuk kandungan.
cara lain adalah berbual2 - cara terbaik untuk melatih kandungan supaya mahir berkomunikasi :)
^_^
Post a Comment