| Google Image |
Dari segi selera pemakanan, terjejas jugaklah sebab walaupun takde rasa muntah-muntah, rasa loya tu tetap ada. Memang tak selesa tekak ni. Bila dah masuk 3 bulan, teringin bebenar nak makan tomyam yang super masam dan super pedas. Setiap kali pergi kedai makan, mesti order makanan yang berunsurkan sup tomyam. Orang kata, itu tandanya kita dah muka mengidam. Melalui pembacaan majalah yang berkaitan dengan kehamilan, kita mengidam bukan sebab kita suka-suka nak mengidam. Maklumlah, bila time mengandung ni, mintaklah apa sahaja dari husband, confirm dapat.
Menurut majalah yang aku baca, rasanya majalah Mami & Baby, apabila kita mengidam, perut menghantar signal kepada otak untuk memberitahu badan kita memerlukan sesetengah nutrien yang didapati tidak mencukupi di dalam badan kita. Tapi takdelah sampai kita minta kat husband, "Abang, nak makan karbohidrat". Sebaliknya, automatik kita terbayang satu jenis makanan yang dirasakan dapat melegakan rasa loya kat tekak ni. Huh, dah macam pakar ibu mengandung pula.
So far, aku takdelah minta yang bukan-bukan kat Shahrir sebab taknak mengada sangat. Mengada sikit-sikit tu adalah ;p Selalunya, kalau tekak aku terasa nak makan sesuatu, aku akan fikir dulu kat mana nak cari makanan tu. Kalau tak dapat, aku akan fikirkan makanan lain sebagai alternatif. Nak masak sendiri, memang tak samalah kot dengan rasa yang dah terbayang-bayang kat hujung lidah ni. Bukan pakar masakan katanya. Lagipun, selalunya, makanan yang aku nak tu, aku dah pernah rasa kelazatannya. Macam contoh kat JB ni, kalau aku nak makan nasi lemak yang sambalnya pedas, ada dua tempat kat Taman Universiti. Nak makan lamb chop yang berlemak dan juicy, pergi je George & Dragon kat bandar, nak durian yang terbaik, dekat dengan Sutera Mall, kalau nak makan pisang goreng atau cucur udang yang the best, silalah terjah ke tempat melepak di zaman belajar dulu. Nak ayam goreng crispy yang panas-panas dan original cecah sambal belacan, masuk je dalam UTM, pergi je Arked Meranti. Lantak pi lah orang pandang semacam mak buyong masuk kawasan pelajar. Hahaha!! Pendek kata, JB ni syurga makanan. Itulah je kot yang best pasal JB ni. Bulan Disember tahun lepas, dah naik kembang tekak ni asyik hadap seafood kat Pelabuhan Tanjung Pelepas, Senibong dan juga Kampung Pantai Dalam. Dah tak lalu nak tengok udang.
![]() |
| Potato Skin George & Dragon |
Kat sini, aku nak berkongsi sedikit ilmu tentang bagaimana nak mengatasi rasa loya. Again, sumber ilmu adalah hasil daripada pertanyaan terhadap ibu-ibu mengandung yang lain, doktor, majalah, buku dan juga internet.
Kalau ada rasa loya-loya kat tekak tu :
1. Pastikan ada biskut dalam paket kecil dalam handbag yang mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Aku suka biskut Crackers Jacob. Asal tekak rasa kembang je, terus ngap sekeping. Insyallah, terus lega.
2. Minum susu setiap malam sebelum tidur, supaya esoknya tak muntah-muntah. Ini petua dari MIL. Aku minum susu fresh milk je. Pernah try minum Anmum perisa coklat, bau susu Anmum buat aku muntah. Bila tukar ke fresh milk yang sememangnya favourite aku, tiap-tiap minggu kena beli 2 kotak ;p
3. Boleh juga minum air 100 Plus yang telah dibuang gasnya. 100 Plus ni air isotonik. Doktor yang recommend. Seeloknya, campur dengan sedikit air masak. Ataupun, bila gas dah keluar, tuang dalam tempat buat ais tu, masuk dalam freezer. Bila dah beku, asal rasa loya je, ambil seketul ais 100 Plus, hisap-hisap la macam aiskrim. Makan jeruk tak digalakkan ye disebabkan kandungan cuka yang tak elok untuk janin.
![]() |
| Google Image |
Ini adalah cara-cara aku nak melegakan rasa loya kat tekak. Seriously, it helps. Mungkin ada yang menggantikan susu dengan soya. Daripada sumber yang aku dapat, soya memang bagus tetapi boleh menyebabkan kulit baby jadi sensitif. Lebih baik minum susu yang secara langsung adalah sumber kalsium untuk diri kita dan juga baby. Memandangkan aku ni berkulit sensitif, susulah menjadi pilihan utama. Apa-apa pun, bergantung pada diri masing-masing sebab mungkin ada yang alah dengan susu kan. Lain orang, lain penangannya.
Seeloknya, makanan yang bersifat tajam seperti nanas dan juga air kelapa dielakkan terutamanya di awal kandungan. Air kelapa boleh dinikmati bila kandungan dah masuk 8 bulan supaya baby yang dilahirkan adalah dalam keadaan bersih. Pastikan juga bekalan makanan ringan yang tiada MSG sentiasa mencukupi sebab kebarangkalian untuk kerap berasa lapar adalah tinggi. Jangan lupa juga untuk menghabiskan vitamin yang diberikan oleh doktor. Bagi yang belum mengandung dan ingin mengandung, digalakkan untuk mengambil asid folik untuk menguatkan rahim. Apa-apapun, silalah rujuk kepada doktor sakit puan anda, terutamanya yang mempunyai alahan terhadap sebarang ubat-ubatan.
Lastly, kalau makan vitamin C,jangan makan udang kerana campuran kedua-duanya boleh menyebabkan keracunan arsenik yan membawa kepada kematian. Kalau makan mentos, jangan minum air Coke nanti usus meletup, juga boleh menyebabkan kematian.
Till then.
To be continued....










3 comment (s) with ♥:
tq for sharing esp paragraph yg last tuh. ;)
am curious? where did u get those info on the ast para? esp makan mentos minum coke usus meletup? Englighten me!
kak areleez : you're welcome!!
babe : http://en.wikipedia.org/wiki/Diet_Coke_and_Mentos_eruption
check there..and youtube..hehehe..aku je tambah usus meletup..exaggerate..hahaha!!!
Post a Comment