Tuesday, January 3, 2012

Tanda-Tanda Terkena Buatan Orang

Akulah tu yang sudah terkena buatan orang dan hasilnya, perut aku semakin membesar dari hari ke hari. Perasaan aku? Sangat membahagiakan. Bukannya terkena buatan orang macam Ku Salmi buat kat keluarga Dhia tu tapi hasil perbuatan bersama Shahrir. Hehehe.

Kali ni aku nak berkongsi cerita tentang tanda-tanda yang aku lalui sebelum aku buat pregnancy test. Sebelum boleh pregnant, kenalah ada kerjasama di antara suami dan isteri yang telah disahkan hubungannya. Kerjasama apa? Hah, itu tak perlulah nak cerita sebab masing-masing pun tentu dah boleh fikir. Dari sebelum kahwin lagi, aku memang dah cakap kat Shahrir, lepas nikah je aku terus nak anak. Hahaha!! Aku pula yang minta macam tu kat dia. Sebabnya, aku memang suka sangat dengan babies dan kalau boleh nak buat anak sebanyak mungkin selagi aku berkemampuan. Siap berangan nak buat satu team futsal di kalangan anak-anak.

Kitaran haid aku bolehlah dikatakan melampau-lampau suburnya. Kebanyakan wanita lain, kitaran haid mungkin dalam 28 hari hingga 32 hari. Aku pula hanya 24 hari, tak pernah lebih, tak pernah kurang, mesti tepat-tepat. Adalah sekali dua datang bulan sampai 2 kali dalam tempoh 3 minggu. T_T Nasib baik lepas kahwin, kitaran haid aku adalah teratur. Dengan berpandukan pada website ovulation calculator (refer to Liyana's post here), setiap kali habis je period, kerjasama untuk mendapatkan anak dilaksanakan sebaik mungkin supaya ada hasil yang mengena. Hehehe. Ini cuma salah satu usaha kami, bila dah berusaha, doa dan tawakallah kepada Allah, minta dimakbulkan keinginan untuk mendapatkan zuriat.

Alhamdulillah, selepas 3 bulan daripada tarikh perkahwinan, kerjasama kami berdua telah membuahkan hasilnya. ^_~ 

Tanda-tanda awal yang telah ditemui semasa bulan Ramadhan 1432H : 

1. Rasa mengantuk yang amat sangat selepas berbuka. Lepas Isyak, letak kepala atas bantal, terus tidur sampai sahur.


2. Selalu sakit perut yang tidak tertahan. Sekali pakej dengan cirit birit. Shahrir suruh sapu lotion mustajab halia kat perut bagi lega tapi instinct bagitau, jangan letak, kesian janin yang baru nak menjadi kat dalam tu. Tapi tak bagitau Shahrir pun instinct dah pregnant. Simpan sorang-sorang dulu.


3. Selalu sangat sakit pinggang dan sakit kat payudara, macam tanda-tanda awal nak period. Bila dah ok, dua tiga hari lepas tu dia datang balik. Tapi period tak datang juga. Shahrir suruh pakai foot patch tapi teringat akak yang jual tu kata kalau mengandung jangan pakai. Atas hasutan naluri, memang aku tak pakai langsung foot patch tu.


4. Sering bermimpi mengandung dan bersalin. Berturut-turut sepanjang bulan puasa.


5. Jantung berdegup dengan kencang, macam baru lepas berlari pecut dengan Watson Nyambek. Keletihan amat terasa sangat. Tiap-tiap petang tidur kat surau office sebab tak larat.


6. Tanda-tanda paling ketara ni, period lewat 5 hari. Hehehe. Kitaran haid aku tak pernah lewat, jadi walaupun baru lewat 5 hari, aku dah tersengih sorang-sorang pegang perut walaupun belum confirm lagi.


Bila dah genap seminggu period lewat, terus ajak Shahrir pergi Guardian beli dua pregnancy test. Satu test waktu malam sebelum tidur, satu lagi test awal pagi, air kencing pertama selepas bangun. Keputusannya, dua-dua positif. Pergi klinik, aku disahkan mengandung selama 4 minggu. Awal-awal  pregnancy, cuma bagitau ahli keluarga dan juga Babe the BFF. Lagipun, masih awal lagi dan macam-macam boleh jadi. Kalau orang tanya pun, just jawab belum ada rezeki sebab barang ciptaan manusia ni tak sempurna, mungkin pregnancy test tu rosak. Lepas dah 2 bulan tak datang period, pergi klinik lagi,buat ultrasound dan terlihatlah kantung baby dengan degupan jantungnya. Subhanallah, terdiam tak tahu nak kata apa. Dan bermulalah perjalanan aku & Shahrir sebagai Mak & Ayah, menanti penuh sabar kehadiran si kecil kami, penguat kasih sayang di antara kami.


Masa ni 17 minggu ^_^

Saat entri ini ditulis, usia kandungan aku sudah 24 minggu dan sangat aktif berpusing-pusing di dalam rahim aku. Doakan urusan perjalanannya ke dunia ini selamat ya. Terima kasih.


Till then.
To be continued....

4 comments:

Babe said...

Hikss comel!!! mcm perut aku yg tak mengandung :P

NAzzXXra MR said...

hihihihi..sekarang dah besar..sebab dah 24 weeks..almost 3 months tak jumpa ko!!!!

intan morsalin said...

salam perkenalan...

singgah sini n follow..
1st of all....tahniah sbb nak dapat baby...take care dear...smoga selamat semuanya

NAzzXXra MR said...

intan,

thank u ^_^

will follow u back..