Ramai benar yang bertanya tentang status kerjaya aku, lebih-lebih lagi apabila menetap di Johor Bahru bersama Shahrir. Aku pernah cerita dalam entri ini yang aku bekerja dari rumah. Cuma aku tak pernah jelaskan kerjaya yang bagaimana. Selalu je orang keliling bertanya aku kerja kat mana kat JB ni. Well, aku akan bagi 2 jawapan yang berbeza.
Jawapan pertama, aku tak bekerja pun tetapi sebaliknya menjadi surirumah sepenuh masa. Senang je kan jawapan ni. Orang pun tak tanya banyak-banyak dah. Aku pun dah tak perlu nak jelaskan panjang-panjang kerjaya sebenar aku.
Jawapan kedua, aku bekerja daripada rumah. Maknanya rumahku pejabatku. Hah, bila aku memberi jawapan yang sedemikian, mulalah orang bertanya macam-macam. Kerja buat apa? Gaji pula macam mana? Kerja sendiri ke? Boleh survive ke?
Letih sebenarnya nak menjawab soalan ni. Sebab tu jawapan pertama yang selalu diberi kepada yang bertanya. Disebabkan aku dah malas nak jawab pertanyaan sedemikian, aku berkeputusan untuk menerangkan seringkas yang boleh tentang kerjaya aku kini.
Kepada yang dah lama baca blog picisan aku ni, mesti tau sebelum ni aku bekerja sebagai customer service representative untuk Telekom bagi projek Streamyx. Aku berhenti pada penghujung bulan Mei disebabkan sudah berkahwin dan bekerja dalam keadaan shift yang tak menentu adalah sangat tidak sesuai apabila sudah menjadi isteri. Bayangkanlah suami dah balik kerja petang, isteri pula baru nak masuk kerja dan balik jam 3 pagi. Tak dapat merasa kemanisan sebagai pengantin baru. ;p Lagipun, masa tu aku dah booking tiket kapal terbang untuk ke Sabah pada bulan Jun dimana kalau ikut jadual kerja, memang tak dapatlah nak bercuti ke Sabah. The best decision was to resign as my contract ended on 31st May 2011. Padahal kalau aku tak resign, aku dah dihantar ke department lain yang lebih tinggi. Tapi, nak buek camno, suami mengatasi segala-galanya bila dah berkahwin ni.
Lepas resign tu, berlambak dah resume yang dihantar ke pelbagai jabatan dan syarikat, besar dan kecil, tapi rezeki nak bekerja ikut office hour belum sampai. Dua tiga hari selepas selesai majlis bertandang di sebelah Shahrir, Alhamdulillah, aku menerima panggilan daripada MARA untuk menghadiri temuduga bagi jawatan pensyarah sambilan di Kolej Professional MARA cawangan Beranang. Dengan inai yang masih merah di jari, aku dan Shahrir pergi ke KPM Beranang yang memakan masa 1 jam dari Selayang. Dari zaman belajar lagi aku memang nak menjadi seorang pensyarah. Kalau tak dapat jadi pensyarah, dapat jadi cikgu pun ok tapi aku malas nak sambung belajar ke KPLI. Masa interview tu, aku kena berlakon menjadi pensyarah untuk subjek sains komputer. Bayangkan perasaan aku yang berdebar-debar nak berlakon mengajar di hadapan pensyarah-pensyarah berpengalaman. Aku memang tak bersedia langsung sebab masih lagi di dalam mode pengantin baru. Preparation semua aku buat semasa dalam perjalanan ke KPM tu.
Kemudian, aku menganggur sehingga 15 Jun 2011. Kalau ikutkan, sepatutnya aku memulakan kerjaya yang aku lakukan sekarang ini pada awal bulan Jun tetapi memandangkan aku dan Shahrir terbang ke Sabah berbulan madu, aku minta ditangguhkan dahulu kemasukan aku ke company sekarang. Sekembalinya daripada Sabah, aku terus memulakan kerja di sebuah syarikat yang terletak di Ukay Perdana.
Syarikat ni cuma sebuah syarikat kecil-kecilan yang melakukan kerja-kerja perundingan dan juga program motivasi. Jawatan aku di syarikat ni adalah sebagai pegawai perunding di mana tugas aku adalah untuk membuat panggilan ke mana-mana jabatan kerajaan dan juga syarikat swasta. Tujuan panggilan adalah untuk menawarkan program ceramah motivasi dan juga pengisian rohani secara percuma di samping menggalakkan mana-mana kakitangan kerajaan dan swasta yang berminat untuk membuat amal jariah melalui skim potongan gaji setiap bulan. Syarikat ni melakukan kerja untuk sebuah perbadanan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pendek kata, tugas aku adalah mendapatkan appointment bagi pihak penceramah.
Maka, terjawablah sudah kerjaya aku sebagai seorang surirumah yang bekerjaya. Konon nak buat entri ringkas tapi dah panjang pula sebab nak explain macam mana aku boleh bertukar kerjaya. Oh ya, sehari selepas aku memulakan kerja di Ukay Perdana ni, aku terima panggilan daripada pihak KPM Beranang yang menyatakan aku diterima bekerja sebagai pensyarah sambilan bagi menggantikan pensyarah yang cuti bersalin. Aku diminta melaporkan diri keesokan harinya. Memang tak sangka dapat kerja ni tapi agak terkejut sebab perlu start terus tanpa sempat membuat persediaan. Balik rumah, aku bincang dengan Shahrir, FIL dan juga MIL. Setelah berkira-kira, aku berkeputusan untuk menolak tawaran tersebut. Sebab-sebabnya adalah :
1. Tempoh mengajar cuma 3 bulan sahaja, sehingga pensyarah tetap habis pantang
2. Lepas 3 bulan, aku kena cari kerja lain. So, kira kerja ni cuma part-time sahaja. Nama pun pensyarah sambilan
3. Kalau berminat nak mengajar, aku kena apply semula melalui website MARA, tunggu panggilan temuduga dan tawakal. Maknanya, lepas 3 bulan, kembali menganggurlah jawabnya.
4. Jarak perjalanan adalah 1 jam. Tak sangggup kot nak memandu hari-hari pergi balik selama 2 jam. Itupun kalau jalan tak sesak.
5. Gaji yang ditawarkan berdasarkan hari. Maknanya kalau takde kelas, aku tak datang pun takpe. Tapi bila kira duit minyak segala, macam tak berbaloi je.
Elok pula lepas disahkan mengandung, Shahrir dapat tawaran kerja baru di JB. Lagilah tak sanggup aku nak berpisah dengan dia. Ini baru berpisah 18 hari pun dah tak keruan rasa rindu dalam hati. Macam manalah agaknya time berpantang 44 hari nanti. Harap-harap emosi aku masih boleh dikawal.
Ada juga aku cuba-cuba apply kerja kat JB. Dalam UTM, kat kawasan perindustrian dan juga beberapa syarikat kecil. Nampak gayanya, memang takde rezeki untuk keluar masuk pejabat. Tapi Allah berikan aku rezeki dalam bentuk lain. Walaupun menghadapi sedikit kesukaran dengan kewangan, tapi tak pernahlah sampai kering kontang. Ada sahaja rezeki masuk, samada dari pihak Shahrir ataupun aku. Bak kata orang, rezeki anak. Setiap anak tu ada rezeki masing-masing.
Mujur juga jawatan aku kat Ukay Perdana ni boleh dibuat di mana-mana asalkan ada perkhidmatan telefon, internet dan juga mesin faks. Tapi, rumah kat JB memang tak pasang mesin faks. Apa yang aku lakukan adalah menggunakan perkhidmatan email ataupun telefon sahaja pejabat kat Ukay Perdana ni dan minta bantuan office mate lain untuk tolong fakskan surat. Dan lagi satu, seperti yang semua sedia maklum, aku sekarang berada di KL dan Shahrir pula di JB. Maka, sementara menanti kepulangan suami ke sini esok malam Insyallah, aku masuk ke pejabat di Ukay Perdana ni dan melakukan tugasan seperti biasa. Insyallah, Selasa minggu depan, aku akan kembali bersiaran daripada JB dan mungkin, awal bulan Mac, aku akan dihantar semula ke KL, menanti kelahiran si kecil kami pada bulan April.
Doakan semuanya selamat ye!!
Till then.
To be continued....
Dresses and Tops
20 hours ago








5 comment (s) with ♥:
just in case u r reading this, esok akikah sofia.. kul 3pm onwards.. datang tau.. hp aku kena bar
bawak MU and swimming suit :D
macam best jer bunyiknye keje dr umah nie kan? sbb flexible.
kalau kat US, kerjaya ni disebut SOHO - small office, home office. tapi org kita tak biasa lagi kerjaya di rumah ni :)
.:areleez:.
best tak best jugak la..kena betul2 disiplin
.:ezad:.
dah ada kat Malaysia SOHO ni..dulu kerja customer service, banyak juga handle kes SOHO
Post a Comment