Friday, May 25, 2012

Pengalaman Bersalin Anak Pertama [Episod 1]

Aku akan cuba menyiapkan entri ini secepat mungkin sementara anak teruna tengah tido lena ni. Dari jam 2 petang tadi dia tido tak lena. Berbunyi-bunyi mulut dia selepas 15 minit. Mungkin kepanasan kot. Nak pakaikan seksi-seksi, takut perut dia masuk angin pula.

OK. Back tu the main topic.

24hb April 2012 - Selasa


39 minggu 4 hari. Weekly check-up kat Klinik Kesihatan Selayang. Shahrir ambil cuti hari tu semata-mata nak temankan aku buat check up. Aku dan Shahrir gigih pujuk anak untuk keluar hari tu supaya Ayahnya tak payah balik JB, ambil paternity leave terus. Hehe. Lepas check up selesai, ambil Mikaela Umaira kat rumah neneknya dan terus pergi jalan-jalan kat Jusco Wangsa Maju atau lebih dikenali sebagai Alpha Angle. Memang sengaja ajak Shahrir dan bawa MU berjalan-jalan hari tu, untuk memudahkan bukaan pintu rahim dan juga nak anak keluar hari tu juga. Walaupun penat, aku gagahkan diri berjalan dan mendukung MU yang berat dan berisi padat. MU tu kuat menyusu dan kurang makan, isi dia sangat padat disebabkan penyusuan yang kerap, tulang pun berat kot. Atuknya a.k.a Papa pun tak larat nak dukung dia lama-lama.


Sepatutnya, Shahrir plan nak balik JB malam tu juga, dalam lepas Isyak sebab esoknya dia kerja. Tapi MIL minta dia gerak balik lepas subuh, masuk office lambat sikit. So, malam tu berdualah kami di bilik, tanpa ada tanda-tanda untuk bersalin.


25hb April 2012 - Rabu 

Jam 2.00 pagi, aku terjaga dari tidur akibat sakit perut yang amat sangat, macam senggugut. Sakit tu dalam 30 saat je. Elok lepas sakit perut tu hilang, terus aku terasa macam ada cecair keluar kat bahagian bawah tu, terasa macam "splash" macam tu. Cepat-cepat bangun check tilam dan kain tapi tiada kesan-kesan basah. Buka seluar dalam, terlihat ada cecair tanpa warna yang memenuhi seluar dalam dan turut membasahi peha di kawasan tersebut. Sentuh dengan jari, cecair tersebut adalah lendir yang tidak berwarna dan tidak berbau, tanpa kehadiran darah. Cepat-cepat kejut Shahrir, tunjuk kat dia. Mula-mula tu macam tak pasti nak pergi hospital ke tak tapi setelah mengambil kira ini adalah pengalaman pertama, terus kitorang pergi Hospital Selayang.


Sampai di HS, lepas inform misi tujuan datang sana, misi terus suruh masuk kat bilik pemeriksaan dan buka seluar dalam siap-siap. Perasaan waktu ini adalah sangat seriau sebab aku tau aku bakal diseluk sebentar lagi. Orang kata, sakit kena seluk ni ada rasa macam nak tendang orang yang sedang menyeluk tu. Misi suruh baring atas katil, diorang check heartbeat baby dan juga contraction. Alhamdulillah heartbeat baby normal, contraction pula memang belum bermula. Kemudian datang seorang doktor perempuan berbangsa Cina bersedia untuk check bukaan. Saat disuruh kangkang tu, menggeletar kepala lutut sebab aku tau aku ni tak tahan sakit. Bila doktor tu masukkan jarinya, keras kejung badan aku sebab nak menahan sakit tapi sebenarnya rasa sakit tu sikit je. Takdelah sampai tahap nak menendang orang. Lepas beberapa saat, doktor keluarkan jarinya dan terus lega hati aku. Kata doktor bukaan baru 1 cm. Memandangkan ini adalah anak pertama, kemungkinan esok lusa baru aku dijangkakan bersalin. Jangkaan bukaan pintu rahim adalah 1 jam bagi setiap 1 cm. Ada juga yang kena tunggu seminggu lagi baru buka 2 cm. Lain orang lain pengalaman.


Balik rumah dengan perasaan yang takut dan juga lega sebab tanda-tanda tu dah ada. Shahrir terus ambil cuti, standby kot-kot bini kesayangan dia ni bersalin hari ni jugak. Dalam pukul 6 pagi, MIL ketuk bilik dan tanya bila Shahrir nak gerak. Dia pun bagitaulah pasal tanda-tanda yang tak disangka berlaku awal pagi tadi. MIL masa tu dah bersiap-siap nak pergi kerja kat Putrajaya, terus ambil cuti dan kemas rumah dan juga bilik bawah untuk aku duduk sepanjang tempoh berpantang nanti. Kitorang semua duduk rumah je, menanti dengan penuh debaran, anak sulung dan juga cucu sulung keluarga sebelah Shahrir. Yang paling cuak haruslah aku. Asyik naik turun tangga, meng-Google apa-apa yang patut di internet, siapkan barang-barang baby dan juga barang sendiri untuk pastikan tiada apa yang tertinggal. Lepas tu asyik tanya MIL pengalaman dia bersalin dulu. Bergelak ketawalah kami kat dapur mendengar cerita MIL.


11.00 pagi - terasa ada cecair keluar lagi. Laju-laju pergi toilet dengan perasaan yang cuak. Terkejut bila check ada darah keluar. Terus bagitau Shahrir dan MIL. MIL pesan tunggu sampai ada rasa sakit baru pergi hospital.


4.00 petang - Another ketulan darah keluar. Disebabkan kat dalam buku merah ada tulis kalau keluar darah kena pergi hospital, terus ajak Shahrir pergi hospital. Kali ini doktor perempuan Melayu pula check bukaan. Selukan kali ini memang sakit, merintih-rintih aku cakap kat doktor "Sakit!!Sakit!!" tapi doktor tu suruh sabar. Selukan kali ini agak lama dan aku dapat rasakan jari-jari doktor tu buat sesuatu kat dalam tu. Bila doktor keluarkan jarinya, seketul darah sebesar separuh tapak tangan terlihat kat glove doktor tu. Doktor cakap, dia dah tolong keluarkan darah tu. Darah memang akan keluar nanti sebab nak bagi laluan untuk pintu rahim tu buka. Darah tu sedang menghalang laluan kat pintu rahim. Bukaan pula baru 1.5 cm. Doktor suruh banyakkan berjalan untuk mempercepatkan bukaan. Doktor pun pesan juga jangan minum air selusuh sebab ia akan melambatkan bukaan tapi akan rasa kesakitan yang amat.


Keluar dari hospital, terus aku ajak Shahrir pergi The Curve. Konon-konon nak berjalan dari The Curve ke IKEA dan terus ke IKANO. Masa on the way pergi sana, kat dalam kereta sakit contraction dah mula terasa tapi jaraknya adalah dalam 20 minit macam tu dan masih boleh ditahan. Shahrir siap nak u-turn pergi hospital semula tapi aku tak nak, degil nak juga pergi The Curve, sebab nak renew kad MPH yang expired bulan April. Sakit contraction ni macam sakit senggugut tapi lagi extreme. Sepanjang berjalan kat dalam The Curve tu, memang aku menahan sakitlah. Sampai IKEA, rugi kalau tak makan meatball. Elok pula sakit contraction tu hilang masa kat IKEA. Tapi, masa tengah makan, sakit contraction datang balik. Makin kerap dalam setiap 10 minit. Dalam sakit-sakit pun aku habiskan makanan dan setiap kali sakit datang, memang aku pegang meja kuat-kuat sambil pejam mata, keraskan badan. Itupun ada hati nak pergi MPH tapi bila dah sampai tahap tak boleh tahan, cepat-cepat angkat punggung ajak Shahrir balik rumah. Dia nak bawa pergi hospital dulu tapi aku cakap nak balik dulu nak bersihkan diri.


Bila dah balik rumah, dah siap bersihkan diri, elok pula sakit contraction tu hilang. Macam chipsmore pula. Kejap ada kejap takde. Hehe. Lepas tu dalam pukul 10 malam dia datang balik, cepat-cepat pergi hospital. Sakit contraction yang aku rasa jaraknya sangat dekat dalam setiap 10 minit. Malam tu yang check bukaan adalah doktor lelaki India yang tinggi dan besar. Dalam hati macam dah boleh agak mesti sakit doktor ni seluk. Segan pun ye sebab lelaki kan. Masa check contraction tu, pandai pula contraction tu hilang macam tu je. Check kat graf, adalah sikit bacaannya tapi tak kerap. Masa doktor tu nak check bukaan, dia suruh kangkang, sumpah malu gila kot tapi bila fikir itu adalah standard procedure, tadahkan aja. Doktor tu siap cakap "Minta maaf ye puan, saya nak check bukaan ni". Setiap kali dia seluk lagi dalam, dia akan cakap maaf. And guess what, selukan kali ini langsung tak sakit. Based on research sebelum ni, betullah sakit masa selukan tu bergantung pada doktor yang menyeluk. Kira doktor lelaki ni memang pandailah. Hehehe. Masa check kali ni, bukaan baru 2 cm. Huh!! Sangat perlahan!!!


Time ni dah fikir entah-entah minggu depan baru aku bersalin. Doktor suruh balik rumah memandangkan ini adalah anak pertama. Lagipun, hospital kerajaan mestilah mengutamakan tempat untuk orang yang lebih memerlukan. Shahrir pun dah plan nak balik JB awal pagi esoknya sebab progress bukaan lambat. Aku cakap kat dia jangan balik sebab dah 2 cm, entah-entah masa dia dalam perjalanan nanti aku dah terberanak. Office mate kat JB pun semua pesan suruh tunggu dan standby je. So, malam tu balik rumah, terus tidur sebab dah pukul 12.00 malam sehinggalah aku terjaga lagi pada jam 2.00 pagi disebabkan oleh sakit contraction yang datang tiba-tiba.


Till then.
To be continued....

No comments: