Tuesday, June 12, 2012

Pengalaman Bersalin Anak Pertama [Episod 2]

Fuh!! Lambat betul nak sambung episod 2 ni. Tau-tau je dah habis pantang yang 44 hari tu. Pantang 100 hari belum lagi. Ngehngehngeh. Kat episod 1, cerita terhenti pada jam 2.00 pagi 26hb April akibat sakit contraction yang datang tiba-tiba.

Pukul 2.00 pagi tu, sakit contraction datang setiap 20 minit sekali. Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Sakitnya datang sekejap je dalam beberapa saat tapi terasa lama sangat sampai aku tak dapat nak tuliskan macam mana rasa sakit tu. Sakit accident akibat dilanggar motor 2 tahun lepas pun tak boleh lawan sakit contraction ni. Memang betullah kata orang, sakit bersalin adalah sakit kedua selepas mati sebab aku ada perasaan taknak beranak lagi bila teringat sakit contraction tu.

Dalam pada menahan sakit tu, sempatlah aku update status kat FB, mengharapkan kata-kata semangat daripada para sahabat dan juga ahli keluarga. Dah tentu-tentu aku kejutkan Shahrir daripada tidur sebab tak tahan menanggung sakit tu sorang-sorang padahal bukannya aku boleh pass kat dia sakit tu. Hehehe. Dalam pukul 4.30 pagi, sakit contraction tu berhenti selama 30 minit. Dapatlah aku menarik nafas lega dan tidur sekejap. Pukul 5.00 pagi dia datang lagi. Kali ini, kekerapannya semakin cepat iaitu setiap 10 minit. Dalam pada menahan kesakitan tu, kejap-kejap aku pergi ke toilet sebab asyik rasa nak terkencing je. Bukan setakat air kencing, ketulan-ketulan darah pun keluar sekali. Pad memang pakai semenjak keluar tanda darah sehari sebelum tu. Shahrir berkali-kali ajak pergi hospital tapi aku taknak sebab fikir mesti doktor suruh balik rumah lagi. Memanglah Hospital Selayang tu sekangkang kera je dari rumah MIL tapi bila dalam kesakitan, terasa jauh yang amat. Dalam pukul 7.00 pagi, Shahrir masakkan nasi goreng butter + cili api untuk aku sebab aku lapar dan lembik. Nak angkat sudu pun tak larat dek diserang sakit contraction. Dia suapkan aku. Itupun adalah dalam 5,6 sudu je aku boleh telan. Lapar sangat tapi tak mampu nak menelan. Minum air masak satu gelas pun tak tertelan. Nasib baik aku memang sentiasa ada chocolate Cadbury dalam bilik. Makanlah seketul dua untuk topup tenaga.

Pukul 8.00 pagi, sakit contraction tu hilang macam tu sahaja. Ambillah peluang ini untuk tidur. Sejam lepas tu terjaga balik sebab diserang contraction lagi. Gap dia masih sama seperti sebelumnya, setiap 10 minit. Shahrir hanya mampu memandang aku yang menahan kesakitan. Sempat juga dia tidur-tidur ayam. Bila dengar aku menjerit kuat sebab sakit, terus dia terjaga. Pukul 10.00 pagi, kekerapan sakit tu adalah dalam setiap 5 minit. Waktu ni memang aku dah menangis menahan sakit. Meleleh-leleh air mata aku. Berapa kali Shahrir pujuk ajak pergi hospital tapi aku yang taknak. Alasan sama, takut doktor suruh balik rumah dulu. Shahrir cadangkan kalau doktor suruh balik, kitorang tunggu je kat tempat menunggu kat hospital tu. Aku cakap, aku lagi rela duduk rumah sebab ada katil boleh aku baring sambil menahan kesakitan. Dalam bilik kitorang, kejap-kejap aku berdiri, lepas tu duduk, lepas tu baring, berjalan, pergi tandas. Tak keruan dibuatnya. Dalam pukul 11.30 pagi, jarak contraction tu makin dekat iaitu setiap 3 minit. Tempoh kesakitan tu adalah dalam 30 saat tapi aku rasa macam lama sangat. Time ni aku dah melalak meraung macam budak kecik kat dalam bilik. Sambil tu minta kat Shahrir painkiller sebab tak tahan sangat sakitnya. Dia pula asyik tanya boleh ke makan painkiller. Aku bolehkan aje sebab dah tak tahan. Tapi dah tentu dia tak bagi aku painkiller. Shahrir telefon MIL, tanya MIL dulu aku boleh makan painkiller ke? Tapi raungan aku yang MIL dengar dari dalam telefon. Terus MIL cakap, jangan bagi painkiller, terus bawa pergi hospital sebab aku dah terlalu sakit.

Pukul 12.30 tengahari, lepas bersiap-siap dengan t-shirt dan juga kain batik, terus pergi Hospital Selayang. FIL ada je kat rumah tapi aku memang tak mampu nak cakap sepatah apa pun kat FIL, apatah lagi nak minta ampun segala sebab sakit yang amat. Dalam otak asyik pikir nak cepat sampai hospital, nak beranak cepat-cepat.


Sampai je kat dewan bersalin, misi dan doktor yang bertugas check bukaan dan juga contraction aku. Terkejut aku bila doktor cakap bukaan dah 4 cm. Lagi terkejut bila doktor tanya air ketuban pecah bila sebab air ketuban dah takde. Aku cakaplah takde rasa air ketuban pecah langsung. Yang ada keluar hanya darah dan asyik pergi toilet sebab nak terkencing. Doktor cakap air ketuban aku dah keluar, mungkin masa aku dok ulang alik pergi toilet. Diorang jangkakan aku akan bersalin lepas maghrib, so dalam pukul 2.30 petang aku dicucuk dengan antibiotik untuk mengelakkan baby terkena jangkitan disebabkan air ketuban dah kering. Tempoh masa untuk antibiotik itu berkesan adalah selama 4 jam. Maknanya, paling awal aku dijangkakan bersalin adalah pada jam 6.30 petang. Lepas dah kena cucuk, aku ditolak ke bilik bersalin untuk persediaan proses bersalin. Sampai je kat situ, lepas tukar ke baju hospital, terbaringlah aku di atas katil sambil ditemani Shahrir yang tak putus-putus cuba tenangkan aku yang di dalam kesakitan ni. Setiap kali misi masuk check bacaan CTG, aku mesti minta ubat penahan sakit. Aku sebenarnya nak sebut epidural tapi tengah sakit, perkataan "ubat penahan sakit" yang terlintas di kepala. Sepanjang menahan sakit tu, mulut aku ni tak heti-henti cakap kat Shahrir lepas ni taknak beranak dah, cukuplah sorang anak. Hahaha!! Seriously, siapa-siapa yang pernah merasa sakitnya contraction dan jenis tak tahan sakit macam aku, mungkin akan cakap macam tu. Shahrir takdelah marah pun bila aku cakap macam tu. Walaupun dia tak rasa, dia pun faham kot betapa sakitnya bila contraction berlaku. Cuma dia cakap, rezeki kalau Allah nak bagi lagi, takkan nak tolak. Kalau boleh aku memang nak anak ramai, dapat buat satu team futsal pun ok. Tapi, kalau diingat-ingat sakit contraction tu, ada rasa serik sedikit. ;p

Dalam pukul 3.30, doktor datang check bacaan CTG, lepas tu misi cucuk ubat tahan sakit kat pinggul belah kanan. Lepas dicucuk, barulah rasa sakit tu berkurangan, masih ada lagi rasa sakitnya tapi tak seteruk sebelum tu. Pukul 4.00 petang, check bukaan dah 7 cm. Fuh!! Berdebar pula aku. Takut dan excited ni nak beranak. Oh ye, sepanjang dalam bilik bersalin tu, aku banyak baring mengiring ke kiri sebab boleh mempercepatkan bukaan pintu rahim, based on what I read. Pukul 5.00 petang, setiap kali contraction berlaku, mesti aku rasa nak terberak. Misi yang perasan muka aku macam meneran siap pesan jangan teran selagi belum 10 cm, nanti kepala baby panjang. Masalahnya bukan aku yang meneran, perasaan nak teran tu datang automatik bila contraction berlaku. Banyak kali aku cakap kat Shahrir rasa nak terberak sangat-sangat, tak tahan. Hehehe. Kebetulan ada seorang doktor lelaki India yang seiras Hans Isaac datang nak check aku. Hospital kerajaan memang kena tawakal je lah kalau dapat doktor lelaki, tak boleh nak request doktor perempuan. Dia tengok muka aku macam nak meneran, terus dia tanya, "Awak ada rasa nak berak ke?" Laju je aku jawab ye sebab dah tak tahan. Dipanggilnya misi untuk proses membersihkan is-isi perut dulu. Sebelum tu haruslah check bukaan dulu. Tup-tup doktor tu jerit, "Kepala baby dah nampak!!!". Kelam kabut misi-misi dan seorang doktor perempuan prepare peralatan segala. Aku pula, bila doktor cakap dah nampak kepala, automatik rasa sakit contraction tu hilang entah ke mana. Perasaan excited dan berdebar-debar yang lebih. Contraction masih lagi rasa tapi sakitnya dah tak rasa. Serius.

Setelah melalui proses meneran berulang kali seperti yang diajar oleh doktor, akhirnya tepat jam 5.58 petang, aku selamat melahirkan Muhammad Nawfal tanpa sebarang masalah. Shahrir memang tengok proses Nawfal keluar dari rahim aku walaupun sebenarnya dia tak boleh tengok darah, siap bagitau doktor awal-awal just in case dia pitam ke. Hehehe. Bila Nawfal dah keluar, misi angkat anak kami menghadap aku dan tanya jantina anak. Dia tak nangis pun masa mula-mula tu. Lepas tali pusat dah dipotong, barulah aku mendengar bunyi tangisannya yang halus. Aku pula memang dah menangis sebaik sahaja Nawfal dilahirkan. Lepas tu, terus misi letak Nawfal atas dada aku, the first skin to skin contact dengan anak aku. Anak yang dikandung selama 9 bulan 9 hari. How I wish to capture the priceless moment tapi tak dibenarkan T_T Nawfal masih lagi menangis walaupun dah diletakkan di atas dada aku. Waktu tu Shahrir tengah usap-usap kepala aku sambil pujuk aku yang sedang menangis kegembiraan dan kelegaan. Aku peluk dan usap-usap badan Nawfal sebab mesti dia menangis akibat kesejukan. Baju hospital yang aku pakai, aku tutup sikit badan dia. Tak lama lepas tu, Nawfal pun senyap sambil baring kat dada aku. Aku belum bagi lagi susu badan waktu ni sebab badan dia masih diselaputi darah. Dalam keadaan belum dibersihkan itulah Shahrir azankan Nawfal sementara aku tak henti-henti cium ubun-ubun Nawfal. Ada yang cakap, bau ubun-ubun baby yang baru dilahirkan, itulah bau syurga. Wallahu'alam.


Kemudian, tibalah saat yang menggerunkan iaitu proses menjahit luka bersalin normal. Masa tu, Shahrir kena keluar, tak boleh tengok proses jahitan. Nawfal pula diambil oleh misi untuk dibersihkan, ditimbang, diukur dan pelbagai prosedur biasa yang dilakukan untuk bayi yang baru lahir. Masih lagi dalam bilik bersalin, dengan seorang doktor perempuan yang bertanggungjawab untuk menjahit luka bersalin tersebut. Sebelum dijahit sempatlah aku tanya, banyak ke koyak? Doktor ada gunting ke? Doktor kata tak banyak pun koyak dan gunting sedikit kat situ adalah normal bagi kelahiran anak pertama. Kata doktor, tempat tu digunting semasa aku sedang meneran. Secara jujurnya, aku memang tak rasa langsung masa digunting tu. Doktor kata sebab dia dah bius dulu. Masa kena cucuk untuk dibius tu pun tak rasa langsung. Sebabnya adalah sakit contraction mengatasi segala-galanya. Tapi, masa proses menjahit luka bersalin tu, fuh!!! Mulut aku memang tak henti-henti berzikir dan selawat. 3 kali dibius kat kawasan tu atas permintaan aku sebab tak tahan sakit. Siap masuk laughing gas sekali. Nasib baik doktor yang menjahit tu friendly dan sangat berhati-hati. Another reason taknak beranak lagi adalah untuk melalui proses dijahit. Tapi, dah tentu aku nak anak lagi. Rasa beranak tu macam nak terberak je. Bila anak dah keluar, rasa best sangat, rasa macam "eh, senang je beranak. Nak beranak lagilah". Yang sakit adalah contraction dan juga ketika dijahit. Tapi, kena tunggu Nawfal besar dululah baru boleh tambah anak. After 3 years insyAllah.


Walaupun bersalin petang, pukul 12.00 malam baru dapat masuk wad sebab Nawfal ditahan lama sikit, kena cucuk ambil darah, takut jangkitan kuman disebabkan air ketuban yang keluar tak tahu bila. Antibiotik yang dicucuk kat aku tu dikhuatiri tidak berkesan ke atas Nawfal sebab belum cukup 4 jam, dia dah keluar. So, Nawfal harus diawasi selama 48 jam untuk memastikan tiada jangkitan kuman berlaku ke atasnya. Berkampunglah kami anak beranak kat Hospital Selayang tu selama 6 hari. Lama kan? Kalau rajin aku share kemudian kenapa sampai 6 hari kami kat hospital. Nasib baik service tip top, misi dan doktor sangat-sangat friendly dan helpful, facilities memuaskan dan makan pun sedap. Tak sia-sia aku pilih untuk bersalin kat Hospital Selayang.

Ni gambar terbaru Nawfal di kala usianya menjengah 48 hari.







Till then.
To be continued....

12 comments:

armouris said...

tahniah... terjumpa info ni, pasal berpantang selepas bersalin … sharing is caring :) - Cara Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang

NAzzXXra MR said...

tq

Cik Cyida said...

argh.. takutnye!!
mesti sakit masa Doktor jahitkan..
huhuhu

♥Nurul Honey♥ said...

Pengalaman nak di jahitkan adalah pengalaman yang sangat mmengerikan..
hanya Allah saja Yang Tahu.. rasanya, nak bersalin pon tak sakit cm tu..
my 2nd experience coming soon on next May 2013.. hopefully will be ok.. InsyaAllah

NAzzXXra said...

betul tu..sakitnya, fuh!! rasa taknak bersalin normal lagi..tapi tak sanggup tengok parut kat perut..lagpun, itulah kelebihan kita sebagai ibu yang melahirkan anak..kadang2 bila teringat, macam tak sangka boleh lalui semua tu..

Izrin said...

I cried when I read this story. I can imagine how u feel n what u went thru. Touching sgt :) I knw its too late but congrats on ur newborn :) sure dh besar. Hehe

NAzzXXra MR said...

tq for d wish..a'ah dah besar..dah merangkak pun.hehehe.how time flies..the labour process is still playing in my mind..tak percaya I manage to face all that..tapi memang bestlah beranak ni..seriously..your day will come dear..do cherish the moment yeah!!!

Sal Bie said...

Tq share. Dh lme cari entry pasal ni. Skrg baru 38week. Tngh tunggu mase utk brsalin...

NAzzXXra MR said...

you are welcome ^_^

semoga dipermudahkan segala urusan..enjoy your motherhood + breastfeeding journey..

Sal Bie said...

Hi.. nk tanye la, a few day ni kn biler bgun tdo ke, brdiri ke, mngiring ke pasti rase ade air keluar tibe2. Xrase pon nk kencing, air klua xbnyk tp basah jugak la underware...

mirah isyam said...

i cried when i read this.
macam tu la kot sakitnya mak kite lahirkan kite. pengorbanan ibu kan.

semoga cepat kawen * tetiba wish kat diri sndiri. hehe

NAzzXXra MR said...

Sal Bie, sorry baru bukak blog n email..agaknya awak dah selamat bersalin kot..congrats!! try cari blog awak tak jumpa,.x reti guna google+..hehehe..kalau keluar air macam tu, memang air ketuban tu..ada yg terus kelaur byk,, ada yang keluar sikit mcm air kencing..mcm saya, kerap sgt ke toilet sebab nak kencing, rupa2nya itu air ketuban..pergi hospital, doktor check air ketuban dah kering..mujur anak x lemas.so, better gi hospital to make sure..anak first kan,xde experience..time ni lah nak belajar mcm2 benda..hehe

mirah isyam,
saya tgk video org bersalin pun saya nangis..sebab takut and happy bila tgk baby dah selamat dilahirkan..it was an amazing experience..In Shaa Allah, ada jodoh, pasti akan berkahwin..amiinnnn!!!